-:: Bola Baling 2010 ::-

Pertandingan bola baling peringkat daerah Kuala Penyu telah diadakan pada 29-30 April 2010 bertempat di padang daerah Kuala Penyu. Penyertaan paling ramai setakat ini iaitu 18 pasukan lelaki dan 15 pasukan perempuan.

Pemain lelaki telah mara ke pusingan separuh akhir, namun hanya mampu berada di tempat keempat setelah ditewaskan oleh pemain dari SK Palu-Palu.

Manakala pemain perempuan hanya bertahan di pusingan suku akhir setelah ditewaskan oleh pasukan dari SK Pekan Kuala Penyu dengan kekalahan tendangan penalti.


Barisan pemain Bola Baling 2010 SK Menunggang Kuala Penyu
lelaki dari kiri : Meltone, Gerry, Joenathan, Jonathan, Jekry, Melvin, Albert, Max Adam
dan Jonilin
perempuan dari kiri: Juliana, Leesika, Jessry, Melanie, Leeyana, Dg Suzaima, Olivia, Sandra dan
Maria


si kembar Leeyana dan Leesika merupakan pemain utama bola baling sekolah yang digeruni..
shooter dan goalkeeper. Leesika selaku goalkeeper telah pun terpilih untuk mewakili zon selatan ke peringkat Negeri yang berlangsung di Penampang.Tahniah diucapkan..



Barisan pemain bola baling lelaki


Barisan pemain bola baling perempuan
 masa rehat digunakan untuk memberi sedikit komen dan kata semangat dari pengurus dan jurulatih
cikgu Jessica, cikgu Joinod dan cikgu Zainah (membelakang)